Pantun Merisik

Bukan kacang sebarang kacang,
Kacang melilit si kayu jati,
Bukan datang sebarang datang,
Datang membawa hajat di hati..

 

bukan rapat sebarang rapat
dari jauh melangkah selari
silakan ya qadial hajat
luahan hajat kita dengari

 

hajat bukan sebarang hajat
hajat ingin menyunting si puteri
jika tepat kata sepakat
cincin tanda sarungkanlah ke jar

 

(Ini utk lelaki)
Kami datang menaiki kereta,
walau jauh tidak terasa,
hajat ingin memetik bunga,
kerana kumbang mengada-ngada.
tidur malam tidak lena,
fikiran melayang serba x kena,
senyum lebar hingga ketelinga,
hati x keruan teringatkan bunga.
wahai orang di sana,
orang di sini ingin bertanya,
sudikah kamu menjadi teman setia,
jalani kehidupan dunia bersama.
Jika kamu katakan ya,
maka jangan disiakan masa,
mari kita mulakan upacara,
sarungkan cincin pada si dia.
memanjat pokok didepan rumah,
pokok tembikai dibelakang kedai,
hajat hati nak bina rumah,
rumah untuk gadis idaman didepan kedai.

pokok tembikai belakang rumah
Pokok kelapa depan rumah
ibubapa dan saudara di depan rumah
teruna bertemu gadis belakang rumah

Bila kacang melilit jati,
ambilkan parang pembelah pinang,
bila ada hajat di hati,
mana tepak tanda meminang,,,,

  • sirih pinang kacip sudah diberi
    semoga pandai memakan sireh
    hantaran dan penganan telah diberi
    semoga kekal membina sirah

    • nama sentiasa di dalam hati
      hati di sini di paut orang
      lama-lama di dalam hati
      takut nanti di paut orang

Kelapa tua dibelah belah
Masak gulai kupang & lokah
Duduk salah baring pun salah
Rupanya kumbang gatal nak bernikah

Bersyair merdu seorang biduan
Biduan kelana dari Parsi
Ingin ditanya gerangan tuan
Dalam hati sudahkah terisi

Kelapa parut dibuat kerisik
Kerisik ditimbang berkati-kati
Hajat menggunung ingin merisik
Merisik si gadis pujaan hati

Berbudi tinggi Melayu Rawa
Pemuda pemudi jadi harapan
Sirih junjung telah kubawa
Menunggu adinda beri jawapan

Anak kecil nangis kesakitan
Ibu terdengar terus meluru
Sidara yang satu kami maksudkan
Hendak membina masjid yang baru

Kain songket dibuat baju
Songket dibeli dari pekan
Kedua keluarga sudah setuju
Cepat2lah mereka disatukan

jika air berada di mata
mata pula berada di air
jika hati beradu di mata
mata pula mencari air

maksud hati pergi berenang
pergi berenang ke air tenang
maksud hati ingin meminang
apalah daya belum punya wang

wang bukan sebarang wang,
wang adlh segalanya bagi seorang yg bernama buang,
kalau tidak pandai menguna wang
bagaimana poket berwang kalau nk tunang

Iklan

Tinggalkan Balasan

Isikan data di bawah atau klik salah satu ikon untuk log in:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout /  Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout /  Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout /  Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout /  Ubah )

w

Connecting to %s